Majlis Jamuan Makan Malam Perdana “Dana Alam Sekitar” – 7hb Januari 2012

SLC Fund Raising Dinner 7 Jan 2012
Stop Lynas Coalition (SLC) Fund Raising Dinner on 7th January 2012

 

 

Undangan ke Pelancaran Kempen Hentikan Lynas Peringkat Nasional

Lynas telah mengumumkan bahawa kilang nadir buminya, Lynas Advanced Material Plant (LAMP) akan sedia untuk beroperasi dalam bulan Januari 2012, walaupun pelan pengurusan sisa telah ditolak tiga kali. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan berterusan mengenepikan seruan dan rayuan pihak penduduk agar dihentikan kilang yang berisiko tinggi ini.

Dalam tempoh yang mendesak sebelum kilang tersebut beroperasi, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan sokongan kepada kempen menghentikan Lynas yang setakat ini tahap kesedaran awam adalah terhad kepada penduduk di daerah Kuantan sahaja berikutan kawalan ke atas laporan media serta liputan yang negatif terhadap kempen ini.

Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam akan dianjurkan bersempena dengan pelancaran kempen menghentikan Lynas di peringkat nasional serta kutipan dana untuk tindakan undang-undang ke atas Lynas.

Beberapa pasukan guaman telah meneroka beberapa ruang dan kaedah untuk menghentikan pembinaan kilang tersebut menerusi saluran perundangan. Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) telah merangka perancangan untuk mencabar kewajaran pembinaan kilang ini di atas faktor teknikal yang memerlukan satu insiden sebelum ia difailkan. Manakala Gabungan Hentikan Lynas (SLC) telah memutuskan untuk memfailkan kes ini berdasarkan pencabulan prosedur yang boleh difailkan segera dengan syarat jumlah dana yang diperlukan berjaya dikumpul.

SLC akan menamakan 10 defendan iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd bersama-sama agensi-agensi kerajaan – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Menteri Besar Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Misi pertama SLC adalah untuk mengemukakan permohonan injuksi bagi menghentikan pembinaan kilang tersebut. Berdasarkan kepada jumlah defendan yang besar serta terdiri dari agensi-agensi penting kerajaan, maka SLC akan melantik sepasukan peguam dengan keanggotaan dari beberapa firma untuk memastikan tumpuan yang khusus dan menyeluruh terhadap kes ini.

Walau bagaimanapun, strategi ini akan melibatkan kos yang tinggi. SLC memerlukan RM300,000 sebagai permulaan untuk memfailkan kes berprofil dan berisiko tinggi ini. Oleh yang demikian, pihak kami amat mengharapkan sokongan padu daripada warga Malaysia yang prihatin untuk menyumbang kepada dana guaman kempen hentikan Lynas khususnya melalui majlis jamuan makan malam yang akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tema : Jamuan Makan Malam Dana Alam Sekitar
Harga : RM2000 Semeja / RM200 Seorang
Tarikh : Sabtu 7 Januari 2012
Masa : 8.00 – 11.30 Malam
Tempat : Grand Shah Alam Ballroom, Shah Alam Convention Centre (SACC)

Untuk memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan, segala kutipan daripada majlis tersebut akan diuruskan oleh pihak penganjur kempen bagi pihak Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Haji Zulkefly Omar, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, tokoh yang telah memperjuangkan isu insinerator di Broga selama lebih 5 tahun yang akhirnya menang melalui tindakan undang-undang.

Kempen ini tidak akan terhenti di majlis makan malam tersebut. Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen untuk membantu meningkatkan kesedaran awam terhadap isu ini. Di pihak SLC, kami akan terus memperjuangkan isu ini sehingga Lynas dihentikan. Adalah menjadi harapan yang amat tinggi di pihak kami agar pelbagai bentuk sokongan khususnya kewangan dapat diberikan terhadap kempen ini. Kami memohon agar majlis makan malam yang diadakan dapat dijayakan sama ada atas kapasiti organisasi atau individu melalui pembelian tiket-tiket yang dijual.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan tiket, sila hubungi Saudara Soo jin Hou (soojinhou@yahoo.com / 016-984 1588). Untuk membeli ticket, sila masukkan sumbangan ke Bank Islam nombor akaun 06019010087836 atas nama BADAR (Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery) dan menghantar alamat anda dan slip bank kepada

a) Jin Hou untuk yang dari luar Kuantan
b) Helmi (mdhelmiibrahim@gmail.com / 019-919 4477) untuk yang dari Kuantan.

Sekian, terima kasih.

Andansura Rabu (017-986 8969)
Pengerusi
Gabungan Hentikan Lynas (SLC)

___________________________________________________________

Invitation to the national launching of the Stop Lynas Campaign

Lynas has announced that the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) will be ready for operation in January, despite being rejected three times in their submissions of the permanent waste management and the plant decommissioning plans. At the same time, the government continues to ignore the pleas of the rakyat to cancel this toxic plant that will bring imminent harm to us and to the many generations to come.

In these final days of desperation before the plant fires up, Pakatan Rakyat has agreed to put their weight behind the anti-Lynas campaign, which so far, seems to be confined only to the greater Kuantan area, thanks to deliberate suppression of negative Lynas news in the mainstream media. It is therefore decided that a national stop Lynas fund raising dinner is organized to fund the legal action against Lynas.

Various legal teams have explored the possible avenue to stop the Lynas project. Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) has planned to challenge the project on technical ground which requires a trigger before the case can be lodged. Stop Lynas Coalition (SLC) has decided to go for a case based on procedural ground which can be lodged immediately provided adequate fund can be found to put the case together.

SLC will name 10 defendants: Lynas and governmental agencies which are MITI, MOSTI, Pahang MB, MPK, Pejabat Tanah & Galian Pahang, Agensi Nuklear Malaysia, AELB, DOE and PKNP. The first thing SLC will do is to seek a court injunction to stop the construction of the plant.

Unfortunately, with so many defendants, this legal strategy will be fairly expensive. We need to raise RM300,000 to initiate legal action. We seek your help for the lawsuit by supporting the national launching dinner.

Theme: Makan Malam Perdana “Dana Alam Sekitar”
Price: RM2,000 per table / RM200 per person
Date: 7 January 2012 (Saturday)
Time: 8.00 pm – 11.30 pm
Venue: Grand Shah Alam Ballroom, Shah Alam Convention Centre (SACC)

To ensure accountability and transparency, all proceedings from the dinner will be held in trust by Pakatan Rakyat. The chairman of the campaign is Haji Zulkefly bin Haji Omar. He fought against the Broga incinerator for more than 5 years, and finally won in court. He is currently the chairman of the Environmental Bureau of PAS.

This campaign does not stop with the dinner. Pakatan will embark on road trips to raise awareness on this issue throughout the whole of Malaysia. We will not stop until Lynas leaves. We hope you can support us financially by purchasing dinner tickets, either as an organization or in your personal capacity.

For more details, please contact Soo Jin Hou at soojinhou@yahoo.com or 016-984 1588. To purchase a ticket, please bank in your contribution to Bank Islam account number 06019010087836 to BADAR (Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery) and send your mailing address and bank slip to

a) Jin Hou for purchases outside Kuantan, or to
b) Helmi (mdhelmiibrahim@gmail.com / 019-919 4477) for purchases within Kuantan.

With a heartfelt thank you,
Andansura Rabu (017-986 8969)
Chairman of Stop Lynas Coalition

 

E-poster adapted from design of Rahmat W. Yahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *