PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Kenyataan Media MP Kuantan – Surat Terbuka kepada Pengarah JAS Pahang “Isu Lynas: JAS Pahang harus terus terang kepada rakyat .”

Kenyataan Media MP Kuantan YB Fuziah Salleh pada 31 Dis 2011

Kenyataan Media MP Kuantan YB Fuziah Salleh pada 31 Dis 2011

Kenyataan Media
MP Kuantan
31 Dis 2011

Surat Terbuka
Kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang
Dr Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim

Tuan Pengarah,

Kenyataan Tuan Pengarah yang dilaporkan oleh akhbar Sinar sewaktu taklimat tertutup anjuran JASA pada hari khamis 29hb Disember berkenaan isu kilang Lynas, menggunakan fakta untuk menyelewengkan pandangan awam dan wajar di perbetulkan.

Selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pihak tuan harus bersifat lebih bertanggungjawab kepada rakyat. Apabila pihak tuan membuat kenyataan bahawa ” kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif” ianya merupakan kenyataan ‘separuh benar’ yang berselindung di sebalik fakta.

Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas.
Iaitu:

1) Bahawa kilang ini ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif diparas 6bq|g. Menteri MOSTI didalam Dewan Rakyat pada 14 nov juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue -sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.

2) Bahawa Kilang Lynas juga merupakan logi pemrosesan ‘rare earth’ yang terbesar didunia di luar negara Cina apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan ‘rare earth’ didunia.
Kilang Lynas menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian di proses di Gebeng dimana sisa radioaktifnya akan di buang di Malaysia.

3) Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan di keluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 metric ton setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut. Malah cadangan dari Lynas telah di tolak sekurang-kurangnya 3 kali oleh pihak AELB.

4) Bahawa Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa 3 minggu oleh JAS Pahang. (Diterima 21 Jan 2008 dan mendapt kelulusan 15 feb 2008.

5) Bahawa Detailed EIA tidak pernah di pinta keatas Lynas oleh pihak JAS Pahang.

6) Bahawa pada 20 june 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini diantara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) – fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk didalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.

Kesemuanya ini wajib di terangkan kepada orang ramai. Mengapa JASA perlu adakan taklimat tertutup? JASA juga telah tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta.

Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar?

Demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar.

Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *