Kenyataan Media MP Kuantan Pada 5hb Disember 2011 – Sokong MB Pahang Dedahkan Senarai Kontraktor Lynas

Kenyataan Media MP Kuantan pada 5hb Disember 2011 - Sokong MB Pahang Dedahkan Senarai Kontraktor Lynas

Kenyataan Media MP Kuantan pada 5hb Disember 2011 - Sokong MB Pahang Dedahkan Senarai Kontraktor Lynas

Kenyataan Media
MP Kuantan
5hb Disember 2011

Saya mengalu-alukan kenyataan MB Pahang didalam Dewan Undangan Negri Pahang hari ini, untuk meminta Lynas menyenaraikan kontraktor binaan buat Lynas LAMP.

Selama ini rakyat hanya mengetahui berkenaan Ranhill dan UGL yg menjadi kontraktor utama pembinaan LAMP. Gesaan YAB MB supaya Lynas mendedahkan senarai semua kontraktor akan memberi peluang kepada rakyat untuk memberitahu kepada mereka (kontraktor) bagaimana bentuk bahaya yang bakal di bawa oleh LAMP terhadap manusia dan alam sekitar kelak.

Samada kontraktor yang dilantik merupakan penyokong PR atau penyokong BN, tidak membawa apa-apa perbezaan. LAMP tetap merbahaya, tanpa mengira siapa yang membinanya.

Saya yakin bahawa YAB MB telah tidak menerima maklumat yang tepat berkenaan bahaya LAMP, dan besar kemungkinan segala maklumat yang disampaikan kepada beliau ialah maklumat dari Lynas sendiri. Lynas cukup bijak didalam mengelirukan orang ramai, termasuk juga mengelirukan agensi Kerajaan dengan fakta yang mengelirukan.

Malah laporan IAEA juga tidak pernah mengatakan bahawa LAMP adalah selamat. Saya ingin memaklumkan disini bahawa YAB MB harus tahu bahawa, selepas laporan IAEA dikeluarkan ada beberapa pindaan perlu dilakukan oleh AELB, akan tetapi AELB menggunakan seksyen 41 dalam Akta 304 (berkenaan kerahsiaan) untuk tidak mendedahkan tindakan tersebut kepada orang awam: antaranya ialah

1) Satu peraturan baru dibawah Akta 304 telah terpaksa diperkenalkan bertajuk “Pengurusan sisa buangan radioaktif” untuk digunapakai khas oleh Lynas. Sebelum ini peraturan tersebut tidak wujud kerana sebelum ini Lynas mengatakan bahawa sisa dari LAMP merupakan sisa buangan industri yang mengandungi NORM yang tidak merbahaya.

2) Pada bulan September 2011 AELB telah pun meluluskan pindaan ke atas lesen mengimport bahan mentah REO dari Australia oleh Lynas kepada lesen import|eksport bahan radioaktif.

3) Menteri MOSTI telah terpaksa mengaku didalam Dewan Rakyat pada 14 November 2011 bahawa sisa buangan dari LAMP bersifat radioaktif.

4) IAEA meminta satu pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan dari LAMP untuk sisa WLP berbentuk pepejal yang mempunyai bacaan 6 Bq|g menandakan sisa dari LAMP bersifat radioaktif.

5) Selama ini Lynas berani bercakap hanya dari aspek radiasi luaran tanpa berani bercakap tentang radiasi dalaman dan juga tidak berani bercakap tentang sisa buangan berbentuk radioaktif (WLP solid waste) dari LAMP. Ini bertujuan mengelirukan semua pihak termasuk agensi Kerajaan. Dan malang sekali buat rakyat kerana segala fakta yang mengelirukan oleh Lynas di ulang oleh pihak agensi Kerajaan sebelum ini tanpa usul periksa.

Saya yakin YAB MB berjiwa rakyat dan mahukan yang terbaik buat rakyat. Sehubungan dengan itu saya juga menggesa MB mengarahkan supaya di keluarkan juga kepada orang awam apa dia syarat-syarat yang di kenakan oleh JAS Pahang keatas Lynas sewaktu JAS meluluskan laporan EIA pada 15hb Februari 2008.

Saya tegaskan sekali lagi dengan berhujahkan fakta-fakta, bahawa isu LAMP ialah isu yang menggugat keselamatan awam dan Lynas harus di tangani bersama. Sekiranya pihak BN tidak terus mempolitikkan isu ini, ianya adalah lebih baik buat rakyat.

Terima Kasih.

Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia.

 

Kenyataan MB Pahang di dalam Dewan Undangan Negri Pahang hari ini:?http://www.malaysiakini.com/news/183236

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *