Kenyataan Media MP Kuantan YB Fuziah Salleh pada 1hb Disember 2011

Kuantan MP YB Fuziah Salleh Press Release on 1st December 2011

Kuantan MP YB Fuziah Salleh Press Release on 1st December 2011

Kenyataan Media MP Kuantan YB Fuziah Salleh pada 1hb Disember 2011.

Saya menyambut baik kenyataan SUA MITI Datuk Rebecca Sta Maria dimana beliau menyatakan bahawa, Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan keatas LAMP (sewaktu beliau melawat LAMP di Gebeng semalam 30hb Nov).

Didalam keadaan Menteri MOSTI sudah pun mengaku di dalam Dewan Rakyat, sewaktu sessi penggulungan peringkat jk bahas baget, untuk Kementerian MOSTI pada tarikh 14 Nov 2011 bahawa sisa WLP dikadar radioaktiviti 6Bq/g (laporan IAEA ms 13) dari kilang LAMP nanti ialah merupakan dan diklasifikasikan sebagai SISA buangan RADIOAKTIF. Sebelum ini pihak Kementerian bertegas dalam mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa sisa dari LAMP adalah selamat, boleh ditabur dimerata-rata tempat disamping merupakan sisa industri yang mengandungi NORM (Normal occuring radioactive material).

Pengakuan Menteri MOSTI menunjukkan bagaimana pihak kerajaan selama ini hanya menjadi jurucakap Lynas dengan menggunakan maklumat dari Lynas semata. Malah Fact Sheet about Lynas keluaran MITI juga merupakan input dari Lynas semata.

Memandangkan juga selepas terbitnya laporan NTN(National Toxic Network) Australia berkenaan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa kedudukan LAMP di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi.

1) Radioaktiviti sisa Lynas concentration plant di Mt Weld ialah dikadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktiviti sisa WLP solid di LAMP ialah pada kadar 6 Bq|g. Kadar maksimum yang diterima antarabangsa
Ialah 1Bq|g dimana Malaysia juga menerima pakai standard antarabangsa ini.

2) Di dalam jarak 30km radius di Lynas concentration plant diMt Weld, tiada wujud penduduk sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.

3) Dalam jarak 25 km radius di Lynas Concentration Plant di Mt Weld, tiada terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan LAMP ialah diatas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi dari kadar paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng. LAMP juga terletak dalam 5km dari laut china selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong. Disamping itu laut China Selatan juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan dimana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama.

Dengan fakta diatas, segala kebocoran di LAMP akan meninggalkan impak yang cukup menghancurkan alam sekitar serta ekonomi disamping kesihatan penduduk. Tiada industri yang 100% bebas kemalangan dan LAMP tidak terkecuali.

Selama ini Lynas berselindung disebalik kementerian MOSTI dan MITI dan tidak bersikap bertanggungjawab. Menteri di kedua kementerian sebelum ini hanya menekankan aspek radiasi luaran, mengikut rentak dan telunjuk Lynas. Malah aspek radiasi dalaman juga tidak dapat di jawab oleh Menteri sebelum ini.

Saya tegaskan bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng tidak akan boleh menepati mematuhi segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa.

Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia.

 

The above press release can also be found at the following Facebook:

Stop Lynas Coalition (SLC) Facebook Page:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=296118327089563&set=a.269269643107765.70631.269265829774813&type=1&theater

 

Stop Lynas Coalition Facebook group:

https://www.facebook.com/groups/stoplynascoalition/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *