PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

The Malaysian Insider – Fuziah bidas TV3, PAS mahu tindakan terhadap Che Rosli

Oleh Shannon Teoh
August 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Che Rosli Che Mat yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (gambar), yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar meminggal Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang disiarkan pada malam kelmarin.

Menurut Fuziah, rancangan itu adalah “plot pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda mempertahankan Lynas demi kepentingan sendiri bukan untuk rakyat.”

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Tetapi Fuziah dalam kenyataan hari ini berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.

“Apa yang menghalang TV3 dan Karam daripada mendapatkan maklumat daripada pakar lain? Sebab pakar lain tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan BN dan mereka enggan dijadikan alat untuk memastikan matlamat BN tercapai,” katanya.

Wakil daripada penduduk juga membantah pembinaan loji itu dan memberitahu The Malaysian Insider terdapat syak wasangka apabila melihat Che Rosli menyokong BN.

“Kami mahu PAS mengambil tindakan disiplin ke atas beliau sekiranya benar-benar menyokong penduduk Beserah,” kata Andura Rabu, yang mengetuai Badar, kumpulan penduduk Beserah yang menetap hanya dua kilometer dari loji itu.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah meletakkan 11 syarat yang perlu dipatuhi Laynas sebelum ia memulakan operasi.

Tetapi Lynas telah mengatakan syarat yang diletakkan kerajaan akan melambatkan operasi loji itu selama dua tahun, mendesak ia dibenarkan meneruskan operasi dengan fasa pertama akan selesai sebelum penghujung tahun ini.

Syarikat perlombongan Australia berkata lojinya itu – yang akan digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid – akan memperoleh sebanyak RM4 bilion selain menyediakan 350 peluang pekerjaan.

Walaupun laporan mengatakan loji itu akan memperoleh pendapatan sebanyak RM8 bilion untuk Lynas, pengkritik telah mempersoalkan faedah ekonomi projek itu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/fuziah-bidas-tv3-pas-mahu-tindakan-terhadap-che-rosli/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *