PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Lynas: Badar ambil tindakan undang-undang

Helmi Ibrahim
 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembinaan dan pengoperasian loji kontroversi Lynas dalam masa yang terdekat ini.

 

Tindakan tersebut akan di buat menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat.

(Pertukaran dokumen antara Badar dan Lajnah Guaman PAS)

Perkara tersebut di umumkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang juga Penasihat Badar, Haji Zulkefly Mohamad Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama dengan Lajnah Guaman dan Hak Asasi yang di ketuai oleh pengerusinya Haji Asmuni Awi berserta empat orang ahli jawatankuasanya.

Menurut beliau setelah melalui beberapa siri perbincangan dan meniliti dengan mendalam isu yang di bawa oleh penduduk Balok dan kawasan sekitarnya melalui Badar, Lajnah Guaman bersetuju untuk mengambil kes tersebut dan bersama sama dengan Badar serta penduduk setempat bagi menghalang pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng.

“Kita kini dalam proses akhir dan insya Allah akan menfailkan kes ini di mahkamah secepat mungkin,” ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Pengarah Badar Andansura Rabu mengatakan tindakan mahkamah adalah jalan yang paling tepat dalam memperjuangkan nasib penduduk dan alam sekitar berhampiran dengan loji tersebut berdasarkan perkembangan semasa.

Menurut beliau kerajaan negeri mahupun pusat memandang sepi saranan, teguran dan bantahan samada dari penduduk mahupun NGO yang prihatin.

Bahkan saranan penambahbaikan yang di sarankan oleh panel yang di lantik oleh kerajaan sendiri iaitu IAEA tidak dihebahkan secara terbuka kepada orang ramai mengenai masalah yang dikenal pasti mahupun tempoh masa yang di berikan.

“Walaupun kita tidak mengiktiraf panel IAEA tersebut di sebabkan keanggotaannya yang tidak menyeluruh dan skop kajiannya terlalu kecil dan tempoh masa yang terlalu singkat namun setidaknya kerajaan harus menerangkan secara terbuka kedapatan yang di perolehi oleh panel yang mereka sendiri lantik kepada rakyat.

“Kunjungan panel tersebut di berikan liputan meluas dan kerajaan melalui media cetak dan elektronik tanpa membuang masa menghebohkan bahawa Lynas adalah selamat tanpa menerangkan sebelas isu yang di bangkitkan oleh panel tersebut,” ujar beliau.

Tambahnya lagi,? kehadiran panel IAEA di saat pembinaan loji sudah mencapai tahap 40% siap dan penemuan sebelas kepincangan tersebut jelas menunjukkan nyawa dan alam sekitar di kompromi tanpa pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

Lynas pula begitu cekap mengambil peluang di atas kelemahan kerajaan yang ada pada hari ini dan pantas memberi bayangan keuntungan berbilion yang bakal di raih mereka menyebabkan mungkin ada yang berpinar biji mata mendengar angka RM 4 – 8 bilion setahun sedangkan Lynas 100% milik asing dan 12 tahun di kecualikan cukai!.

“Justeru itu kita merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil satu tindakan yang konkrit dan muktamad iaitu melalui tindakan perundangan melalui mahkamah.

“Kita amat memahami tindakan ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dari semua yang terlibat baik dari segi masa, tenaga mahupun kewangan terutamanya bagi penduduk Balok dan sekitarnya namun kita sudah tiada pilihan lain.

“Menyedari hakikat tersebut kami mengalu-alukan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan dari segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia kerana isu ini turut memberi kesan kepada seluruh negara tidak terhad kepada penduduk Balok sahaja. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang menentang loji Lynas ini.

“Semoga semangat Ramadhan menguatkan lagi iltizam kita dalam memelihara nyawa dan alam sekitar tanahair tercinta ini. Sambutan hari kemerdekaan yang akan datang juga lebih bermakna sekiranya semua pihak meletakkan kepentingan negara tercinta melebihi kepentingan kapitalis asing,” ujar beliau.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4834-lynas-badar-ambil-tindakan-undang-undang#.TkI8S7qeaVU.facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *