Medic team Pejabat Ahli Parlimen Kuantan buka kaunter pemeriksaan percuma; Penduduk Tg Punai tidak dilupakan

Penduduk Tg Punai kelihatan mula memenuhi pondok kem kesihatan semenjak jam 3 petang tadi untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma. Program ini adalah lanjutan daripada siri kem kesihatan anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuantan dan PAS Inderapura.

image

image

image

Selain cabutan bertuah diberikan kepada pengunjung kem, sumbangan turut disampaikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

image

image

image

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma tarik perhatian penduduk

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma yang dibuka kepada orang ramai di Tanah Putih Baru sejak jam 9 pagi tadi memudahkan penduduk setempat mendapatkan pemeriksaan dan kaunseling kesihatan. Program yang menjadi aktiviti mingguan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di kawasan-kawasan terpilih sejak beberapa bulan lalu menawarkan pemeriksaan kesihatan oleh doktor-doktor pakar untuk memastikan rakyat mendapat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.

image

Ahli Parlimen Kuantan, YB Hjh Fuziah Salleh turut meluangkan masa menziarahi ahli masyarakat yang terlantar dari rumah ke rumah. Penduduk setempat boleh terus mengunjungi kem kesihatan ini sehingga jam 4 petang ini

Debaran kini telah pun terasa kehangatannya.

Alhamdulillah,pada hari  ini saya bersama sama pasukan bergerak ke pusat penamaan calon yang terletak di Wisma Negeri Pahang (berdekatan Masjid Negeri Kuantan).Dengan paduan suara yang bergema,iltizam yang padu dan semangat yang jitu telah membawa langkah kami yang seiring berkumpul di sana untuk menyampaikan borang penamaan saya untuk bertanding di Parlimen Kuantan P083 ini pada PRU 13 ini.Turut menemani saya pada hari ini,suami saya yang tercinta Prof Dr Russly Abdul Rahman dan ahli keluarga saya .InsyaALLAH tekad saya pada kali ini adalah untuk menukar sebuah kerajaan baru yang memberi banyak manfaat kepada rakyat selepas ini..Syukur sangat sangat kerana urusan pada hari ini berjalan dengan lancar…DEMI RAKYAT!

Terima Kasih atas sokongan anda semua pada kali ini..!

Bersama keluarga tersayang

IMG_7573bergambar bersama calon pakatan sebelum memasuki wisma pahang.