PENGUMUMAN BIRO POLITIK

Pengumuman Biropolitik
Parti Keadilan Rakyat
30 September 2010

Biropolitik KEADILAN di dalam mesyuarat pada malam 29hb September, dipengerusikan oleh Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail , telah membuat keputusan berikut:

a) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan parti bertujuan untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang KEADILAN dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen.

b) mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu Birpolitik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.

Harap Maklum.

Henti raih simpati, tumpu perjuangan parti

SHAH ALAM – Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim diminta berhenti meraih simpati luar dengan membuka kelemahan parti sebaliknya perlu menumpukan kepada perjuangan dan dasar parti yang diperjuangkan selama ini.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh berkata, Zaid perlu bertindak sebagai seorang pemimpin sekiranya menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dengan alasan yang kukuh. “Sekiranya beliau yakin dan menawarkan diri atas sebab-sebab kukuh serta dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada parti, beliau sepatutnya mengambil pendekatan sebagai seorang pemimpin nombor dua. “Jangan buang masa dengan meraih simpati luar, ia bukan tindakan pemimpin yang berhasrat untuk jadi orang nombor dua dalam parti,” katanya, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan memberitahu, Zaid perlu berjumpa pemimpin-pemimpin akar umbi dan mengenali ahli-ahli parti PKR supaya mereka boleh mendengar hasrat dan manifesto yang beliau mahukan dari parti “Jika beliau percaya diri beliau layak, kenal dulu ahli, berjumpa dengan mereka supaya dasar yang hendak dibawa itu dapat dijelaskan dan difahami oleh mereka. “Pemilihan PKR kali ini adalah hal dalaman dan umpama pertandingan persahabatan. Jika beliau mahu meraih kejayaan, ia harus dimulakan dari dalam parti dengan menunjukkan tingkah laku sebagai seorang pemimpin,” katanya.

Fuziah bagaimanapun enggan mengulas mengenai tindakan yang akan diambil oleh PKR berhubung kenyataan Zaid yang seolah-olah memburukkan dan menunjukkan dirinya berada pada kedudukan tidak selamat dalam parti itu. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, mana-mana pihak berhak mengeluarkan kenyataan akhbar asalkan ia munasabah dan tidak menjejaskan imej parti secara serius. “Jika kenyataan yang dikeluarkan itu menjejaskan imej parti, barulah tindakan tegas akan diambil.

Bagi saya, setakat ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim belum sampai ke tahap serius lagi. “Sehubungan itu, saya tidak risau kesan yang akan berlaku ke atas mana-mana calon yang bertanding kerana apa yang penting ialah meraikan amalan demokrasi dalam parti itu sendiri,” katanya.

Sivarasa memberitahu, rasa tidak selesa dengan sesetengah pihak yang lain bukanlah satu isu di dalam sesebuah parti politik dan ia adalah satu perkara yang normal.

20 peratus royalti minyak untuk Sarawak – Fuziah

Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Fuziah Salleh sekali lagi menegaskan bahawa royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pendapatan petroleum di Sarawak tetap akan diberikan kepada negeri itu jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang.

Menurutnya, royalti minyak sebanyak 20 peratus merupakan hak rakyat Sarawak yang selama ini gagal diperjuangkan oleh rejim BN pimpinan Taib Mahmud di Sarawak.

Ditanya bagaimana tuntutan itu dipenuhi pada pilihanraya negeri akan datang dalam keadaan kerajaan pusat masih dalam taklukan BN, beliau menegaskan dengan kata-kata berikut.

“Insya’Allah sekiranya kita berjaya menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang, kita tetap akan menuntut royalti 20 peratus itu untuk Sarawak walaupun ketika itu kerajaan pusat masih lagi diperintah oleh BN.

BN boleh sahaja menuntut perkara itu namun dalam tempoh mereka memerintah, mereka jelas tiada komitmen untuk itu dan pada masa yang sama pemimpin mereka lebih mementingkan kekayaan peribadi, keluarga dan kroni walaupun majoriti rakyat di Sarawak kekal dalam paras kemiskinan,” katanya ketika dihubungi KABAR.

KABAR ialah akhbar politik yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menjelaskan, walaupun rejim BN memerintah Sarawak hampir 50 tahun, rejim BN hanya menghargai Sarawak dalam bentuk pujian politik apabila Sarawak kerap dilabelkan oleh pimpinan BN sebagai Deposit tetap BN setiap kali menjelangnya pilihanraya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Sarawak wajar menolak BN pada pilihanraya akan datang dengan memberi peluang kepada PR untuk memerintah Sarawak seterusnya melaksanakan pelbagai program kebajikan bagi merakyatkan ekonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak.

Beliau memberi contoh, bagaimana negeri Selangor yang baru dua tahun diperintah oleh PR berjaya merakyatkan ekonomi Selangor agar benar-benar dirasai oleh rakyatnya sendiri.

Pimpinan PKR dan PR ketika ini silih berganti ke Sarawak dalam gerak kerja pilihanraya bagi memastikan segala isu dan penerangan benar-benar sampai kepada rakyat di negeri terbesar di Malaysia itu.

Antara cabaran PR di Sarawak selain kurangnya laporan media berhubung program mereka, turut menjadi cabaran ialah bentuk muka bumi Sarawak yang luas dan jaringan jalan raya yang sukar untuk dikunjungi termasuklah di kawasan tertentu yang hanya boleh dikunjungi melalui bot dan helikopter.

UMNO leadership series: Kuantan

The UMNO Malays are elated to hear that Kuantan parliamentary seat will be given back to UMNO. Hooray for that. It is an open secret that at the 12th GE, the MCA incumbent, failed because Malay voters rejected him. The Chinese voters were not backing him fully either. They have their own domestic tsunami.

But I fear, their elation is a hollow one. Who in UMNO Kuantan can be offered as a serious candidate to win from Fauziah Salleh? Fuziah is the PKR MP. She is the second opposition figure to represent Kuantan area. In the 60s, two PSRM ADUNs represented Kuantan. What I am saying is, Kuantan has a tradition to go against the tide. Or go against the wind. Because Kuantan people are also pragmatic, they know a kite ascends highest when going against the wind, no along it. Having Fauziah Salleh as Kuantan’s current MP places Kuantan in the high profile league. It has also elevated Fauziah on a personal level. She is the PKR’s national elections director. Continue reading

Fuziah yakin menang Naib Presiden PKR

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yakin mempunyai peluang cerah untuk memenangi salah satu daripada jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipertandingkan.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan berkata, Wanit:a PKR sudah bersedia dan komited memegang tanggungjawab yang lebih besar dalam parti untuk memperjuangkan hak rakyat.

:“Semua orang bertanding untuk menang. Saya yakin dengan segala keutamaan kepada parti, saya yakin menang kerana anggota kenal dan tahu khidmat saya.

:“Malahan, wanita PKR sentiasa bersedia dan telah menyiapkan diri lebih daripada 10 tahun untuk merebut peluang ini,” kata Pengarah Pilihan raya PKR itu.

Fuziah berkata, beliau akan memikul tanggungjawab mewakili sayap wanita dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi parti itu.

“Sokongan wanita PKR amat padu dengan hanya menamakan saya untuk bertanding jawatan Naib Presiden ini.

“Sokongan sebulat suara ini dilakukan bagi merealisasikan cita-cita wanita PKR selama ini dan mengelakkan undi pecah,” katanya.

Fuziah yang juga bekas Ketua Wanita PKR adalah wanita pertama yang bertanding merebut kerusi Naib Presiden PKR itu juga akan bertanding jawatan Ketua Cabang Kuantan pada pemilihan tersebut.

Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, wanita parti itu sebulat suara mencalonkan Fuziah Salleh mewakili sayap parti untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini.

Katanya, enam lagi pemimpin wanita akan bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan 40 orang lagi akan bertanding bagi jawatan tertinggi peringkat cabang.

“Mereka yang akan bertanding jawatan MPP ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli. “Manakala bagi jawatan di peringkat cabang, 10 orang wanita termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan bertanding jawatan ketua cabang, manakala selebihnya lagi akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua cabang,” katanya.

Zuraidah yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya.

sumber: Sinar Harian