BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK DI PERKAMPUNGAN SUNGAI ISAP

Sempena dengan program “Semarak Ramadhan Bersama dengan YB Fuziah Salleh sepanjang ramadhan 1436H / 2015 M” Cabang Kuantan & Pejabat Parlimen Kuantan telah mula bergerak menjayakan program yang telah dirancang.

Pada petang khamis,02 Julai 2015, YB Fuziah Salleh berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk perkampungan Sungai Isap di sekitar bazar ramadhan yang terletak berhampiran pasaraya Tunas Manja Sungai Isap.

Kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh pihak YB untuk bertanya khabar dan mengagihkan edaran kurma kepada penduduk di sekitar bazar tersebut. Terima kasih kepada Ahli Keadilan Cabang Kuantan diatas kesudian  membantu dan seterusnya menjayakan program ini.

10330350_392430017617240_8578579617282008669_n 11707634_392429830950592_6130286714619373135_n 11698539_392429947617247_6306893792983981398_n 11693951_392430034283905_638351847276139672_n 11667303_392429900950585_1485155342896363454_n 11181191_392430114283897_4269076048557097279_n 11215154_392430050950570_4723027368925154555_n 11402776_392429777617264_9158174466890519727_n 11659462_392429994283909_999228587634906721_n

Aktiviti/Program sepanjang Ramadhan 1436H / 2015M

image

Berikut (rujuk gambar) program yang telah dirancang sepanjang ramadhan 1436H / 2015M.

Pada Ramadhan kali ini pelbagai program untuk mendekati rakyat di kawasan Parlimen Kuantan telah dirancang sekian lama. Cuma kekangan sumber kewangan terhad menbantutkan sedikit rencana,tetapi Allahamdulilah ada penderma yang mahu membantu fakir miskin (rujuk program) dan kami diamanahkan untuk menyalurkan sedekah jariah tersebut. Semoga program yang dirancang diberkati oleh Allah SWT.