BATALKAN SEMUA LESEN MELOMBONG sedia ada dan Wajibkan DEIA apabila Memohon semula lesen melombong bauksit

image

Dalam tempoh berbaki 7 hari sebelum tempoh moratorium keatas bauksit berakhir pada 14/4/2016 warga Kuantan masih belum mendapat kepastian berkenaan dengan nasib mereka. SOP yang di war- warkan oleh pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negri Pahang masih kabur dan cetek, tidak merangkumi penyelesaian kepada semua aspek pencemaran.

YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi  telah mengesahkan didalam sesi penggulungan perbahasan titah diraja bertarikh 22/4/2016 bahawa beliau bersetuju perihal kualiti air sungai sekitar Kuantan bertambah baik di dalam waktu tempoh moratorium berbanding sebelum moratorium ( sila rujuk gambar rajah dibawah –  ‘keputusan analisis kimia kualiti air bagi sg riau, sg mabok, sg pinang dan sg balok yang terletak di kawasan aktiviti perlombongan bauksit’)

image

image

image

Oleh kerana undang2 tidak mewajibkan EIA ke atas lombong2 yang keluasan di bawah 250 hektar sebelum ini maka kesemua lesen keatas lombong bauksit di keluarkan tanpa memerlukan EIA. Apabila Perintah Kualiti Alam Sekitar di wujudkan pada bulan Ogos 2015, ianya tetap tidak boleh di guna pakai keatas lombong yang sedia ada kerana Perintah tersebut  tidak boleh dipakai keatas lesen  yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut. Maksudnya tidak boleh diaplikasi secara  secara retrospektif.

Sewaktu aktiviti perlombongan sedang berjalan Warga Kuantan dapat merasakan kesan pencemaran di udara, dan debu di sekeliling mereka. Juga menyaksikan air laut  menjadi merah, namun oleh kerana tiada EIA telah di laksanakan, maka kita semua tidak ada mekanisma mengenalpasti impak sebenar industri perlombongan keatas alam sekitar dan kesihatan manusia.

Dengan itu cara yang paling baik untuk memastikan keselamatan penduduk Kuantan ialah untuk melaksanakan DEIA. Keatas tapak melombong, tapak mencuci bauksit dan juga tapak Central Stokpile.

Saya menggesa  Moratorium di lanjutkan sehingga wujud SOP yang lebih komprehensif yang boleh di laksanakan, melibatkan perlombongan, pemulihan tapak lombong, mencuci bauksit, pengangkutan, menyimpan stokpile sehingga kpd mengalihkan bahan mineral keatas kapal.

Juga batalkan lessen melombong sedia ada dan diwajibkan permohonan semula dimana EIA menjadi mandatori.

Guna Pakai Perintah Kualiti Alam Sekitar Ogos 2015 keatas kesemua lombong yang sedia ada dengan cara:
– BATALKAN SEMUA LESEN MELOMBONG sedia ada dan Wajibkan DEIA apabila Memohon semula lesen melombong bauksit. Gunapakai peraturan seperti yang di gariskan oleh Perintah Kualiti Alam Sekitar 2015

Hajah Fuziah Salleh – 7 April 2016

Kenyataan Media
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Merangkap Pengerusi Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit